PANDANGAN : KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK
PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA. ADAKAH MEREKA MENGHADAPI STRESS YANG
TINGGI?
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Baiklah, entri
saya pada kali ini akan membincangkan pandangan saya dan anda sendiri mengenai
keadaan mental kanak-kanak seawall prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia.
Adakah mereka ini menghadapi keadaan stress yang tinggi? Menurut pandangan
saya, benar. Kanak-kanak di Malaysia kini turut mengalami keadaan stress
masing-masing. Mari kita sama sama
bincangkan pandangan mengenai isu ini.
Apa itu KESIHATAN MENTAL?
Kesihatan mental
merujuk kepada kebolehan seseorang menyelesaikan masalah, memenuhi keperluan
seseorang untuk menyayang dan bekerja, menyesuaikan diri dengan krisis dan
mengekalkan tahap kesihatan diri atau sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
STRESS
Dr Hans. Style
mendefinisikan teori stress atau tekanan perasaan sebagai “sesuatu reaksi yang tidak spesifik
oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. ”
Stress juga
ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan
oleh kanak-kanak. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan stress sebagai
akibat konflik yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau
perlakuan tertentu.
Gangguan stress
akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang kanak-kanak.
Menurut Terri Mauro (2004), Antara punca berlakunya stress dalam kalangan
kanak-kanak adalah disebabkan persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga,
pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain.
Melalui
persekitaran sekolah, kanak-kanak mendapat gangguan stress berpunca dari
keadaan persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Sebagai contoh, gangguan itu
mungkin berlaku akibat masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan
kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Hal ini selaras dengan
pendapat dari Ketua Jabatan Pendidikan
Kaunseling dan Psikologi Kaunseling , Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM ,
Prof.Madya Dr. Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan kea rah
perlakuan negative wujud kerana dipengaruhi unsure rangsangan di sekeliling
mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana
persekitaran yang tidak kondusif dan menggangu emosi mereka.
Selain itu,
peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca kanak-kanak mengalami
stress. Peristiwa dalam keluarga
selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan
murid. Peristiwa dalam hidup berkemungkinan bersifat positif atau negatif serta
melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contohnya, peristiwa negatif
seperti penderaan, penceraian ibu bapa,
kemalangan dan kematian. Bagi yang positif pula seperti seorang ibu telah mengandung, kenaikan
pangkat dalam kerjaya dan berpindah rumah.
Peristiwa-peristiwa ini memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang
kanak-kanak.
Seterusnya, keluarga yang sering bertengkar,
bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak akan membawa
keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Dari segi tingkah laku, kanak-kanak berkenaan
mungkin akan bertindak berlainan di antara satu sama lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang tidak
menunjukkan sebarang reaksi atau emosi.
Tidak ada insan yang dapat mengelakkan diri
dari masalah stress termasuklah kanak-kanak. Jadi, sebagai orang yang lebih
dewasa, kita seharusnya bijak membantu mengawal tahap stress yang mereka hadapi
dan berusaha untuk membendung stress hadir dalam diri mereka.
Sekian dahulu pandangan saya. Hantarkan
pandangan anda di ruangan komen di bawah .
Wallahualam.

Salam sejahtera Cikgu Azrin! Adakah kanak-kanak dipengaruhi stress juga ketika berada dalam lingkungan persekitaran rumahnya sendiri?
BalasPadamSalam sejahtera juga buat saudara Rassel. Agak menarik pertanyaan soalan dari saudara. Bagi pandangan saya, kanak-kanak itu sendiri merupakan insan yang tulus dan suci. Kita sebagai orang dewasalah yang mencorakkan mereka untuk berjaya dalam kehidupan. masalah stress dalam kalangan kanak-kanak amatlah perlu dipandang serius oleh kita sebagai orang dewasa. Persekitaran mereka sendiri memainkan peranan penting dalam usaha mengelakkan mereka mengalami keadaan stress. Saya berpendapat, keadaan persekitaran di rumah juga mampu menyumbang kepada gejala stress kepada kanak-kanak. Hal ini dapat dibuktikan melalui keadaan rumah yang ibu bapa sibuk dengan kerjaya masing-masing. Kanak-kanak adalah insan yang memerlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya bagi membentuk peribadi mereka menuju kearah kedewasaan. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya tanpa mempedulikan anak-anak akan membuatkan kanak-kanak berfikir bahawa ibu bapa mereka tidak lagi sayang kepada mereka. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak terus stress dengan berfikir tentang situasi yang mereka alami dan akan mula memberontak bagi menunjukkan rasa protes mereka kepada ibu bapa. Oleh itu, persekitaran rumah juga mampu menyumbang kearah gejala stress terhadap kanak-kanak. Saya berharap, respon saya terhadap pertanyaan soalan saudara akan memberi ruang pandangan dan penambahan dari pihak saudara dan rakan pembaca sekalian. Terima kasih.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSalam sejahtera Cikgu Azrin. Saya ingin bertanyakan satu soalan, adakah perkembangan emosi kanak-kanak akan terganggu akibat persekitaran stress?
BalasPadamMentaliti kanak-kanak sanngat dipengaruhi oleh tahap umur mereka. Ini demikian disebabkan oleh kemahiran berfikir mereka yang secara tidak langsung mempengaruhi kestabilan mental mereka.
PadamPeringkat umur prasekolah merupakan peringkat umur yang mana pemikiran mereka baru sahaja mula berkembang dan perlu bimbingan penuh daripada orang sekeliling mereka terutamanya ibu bapa, guru, dan juga rakan-rakan mereka. Oleh yang demikian, keadaan mentel mereka sangat bergantung kepada keadaan sekeliling mereka. mereka boleh tertekan sekiranya berlaku masalah di sekeliling mereka, dan juga keadaan mental mereka di tahap yang baik sekiranya keadaan sekeliling mereka baik. Sekiranya mereka ada masalah peribadi, mereka boleh berada dalam keadaan yang sangat tertekan disebabkan pemikiran mereka yang belum berkmbang sepenuhnya dan belum dapat menganalisis masalah mereka sendiri.
Pada peringkat umur sekolah rendah pula. Pemikiran mereka sudah berkembang berbanding daripada pemikiran mereka pada tahap prasekolah. mereka bsudah mulai untuk mengerti sesetengah perkara dan dapat menganalisis masalah preribadi mereka. Hal ini membuatkan mentaliti mereka semakin kuat dan dapat bertahan dengan tekanan dan stress yang mereka hadapi.
Oleh yang demikian, kanak-kanak pada zaman prasekolah haruslah dibimbing supaya mentaliti mereka dapat dibentuk bagi mengurangkan masalah tekanan mental yang mereka akan hadapi di masa hadapan.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Perbahasan yang sangat menarik Cikgu Azrin. Saya ingin memberi pandangan saya. Pada pandangan saya, stress juga bukan sahaja di dalam persekitran sekolah, malah juga di persekitaran luar yang melibatkan dengan masyarakat setempat. Tambahan pula, mereka sudah mula bersosial apabila dalam peringkat prasekolah. Oleh itu, Saya ingin bertanya, pada pandangan cikgu, bagaimana untuk melatih kanak-kanak dalam mengurus stress mereka ?
BalasPadamPada pendangan saya,kanak-kanak semuda usia prasekolah boleh mengalami kemurungan.Jika kanak-kanak prasekolah anda muncul untuk bergerak melalui serangan rasa tidak puas hati yang melampau, kemurungan prasekolah boleh untuk menyalahkan.Bagi memastikan beliau tidak mengalami penderitaan mental ini lebih lama daripada yang perlu, perhatikanlah penderitaan beliau dan berusaha untuk menentukan sama ada kemurungan adalah pada akar.
BalasPadamDi peringkat sekolah rendah pula berbeza dengan keadaan mental kanak-kanak prasekolah.Antaranya ialah,keadaan mental kanak-kanak di peringkat sekolah rendah,kanak-kanak akan menghadapi tekanan mental seperti rasa risau berpisah dengan ibu bapa atau penjaga,terutamanya di sekolah rendah atau mula meninggalkan rumah untuk ke asrama.
kesimpulanya,kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang menghalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka.malah,kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut.
Oleh itu,kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.