Khamis, 15 Oktober 2015

Forum 3



KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA KECERDASAN INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca sekalian.
Entri kali ini saya akan kongsikan dan bincangkan mengenai kecerdasan emosi dan sosial. Kecerdasan emosi dan sosial pada masa kini dianggap lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan.

         Menurut Danial Goleman (1999), menyifatkan jenis kecerdasan manusia lainnya yang dianggap sebagai factor penting yang dapat mempengaruhi terhadap prestasi seseorang, iaitu kecerdasan emosional, yang kemudiannya kita mengenalnya dengan sebutan Emotional Quotient (EQ).  Seterusnya, Steiner (1997) menjelaskan emosi adalah suatu kebolehan yang menjadikan seseorang individu itu dapat mengerti emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri dan orang lain, serta mengetahui bagaimana emosi diri sendiri dimaksimakan kegunaan untuk mendapatkan kekuatan peribadi yang maksimum.

                              

          Kecerdasan sosial pula merupakan kecerdasan yang meliputi interaksi kelompok dan erat kaitannya sosialisasi. Kemampuan untuk mengenal diri sendiri dan untuk mengetahui orang lain adalah bahagian yang tak terpisah dari keadaan manusia. Menurut Buzan, kecerdasan sosial adalah ukuran kemampuan diri seseorang dalam pergaulan di masyarakat dan kemampuan berinteraksi sosial dengan orang-orang di sekeliling atau sekitarnya. Suean Robinson Ambron (1981), pula berpendapat sosialisasi itu sebagai proses belajar yang membimbing seseorang kea rah perkembangan keperibadian sosial sehingga dapat menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan efektif.
Seperti yang kita tahu, di dalam dunia pekerjaan masa kini memandang kecerdasan intelek sebagai teraju utama personaliti seseorang individu itu. Namun begitu, pada masa kini juga kecerdasan emosi dan sosial juga merupakan salah satu faktor penting yang membantu seseorang itu membina kerjaya dalam bidang pekerjaan.  Kecerdasan emosi membantu seseorang itu mengawal ketenangan dan mengawal stress di tempat kerja. Seseorang itu mampu menjana perkembangan kerjayanya melalui kawalan emosi yang baik iaitu dengan mengawal amarah di tempat kerja, sentiasa berfikiran positif dan berusaha membentuk peribadi yang baik.

             Melalui kecerdasan sosial pula, seseorang itu akan mampu mengadaptasi persekitaran sosial di sekelilingnya. Penguasaan kecerdasan sosial dalam diri mampu membuatkan seseorang itu lebih berkeyakinan dan meningkatkan mutu sosial yang telah sedia ada dalam dirinya.


Sekian dahulu coretan saya dalam entri kali ini. Wallahualam.

8 ulasan:

  1. Salam sejahtera sekali lagi Cikgu. Di sini saya ingin bertanyakan satu soalan, adakah masyarakat di Malaysia sendiri sedara akan kepentingan penguasaan kecerdasan emosi dalam sektor pekerjaan? Terima kasih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sejahtera juga buat anda. Sepertin yang anda dan pembaca lain baca di dalam entri saya, kita dapati sememangnya kecerdasan emosi amatlah penting dalam bidang pekerjaan masa kini. Rakyat Malaysia umumnya, sangat memrlukan pengawalan emosi dan penguasaan emosi dalam diri bagi membantu mereka mengekalkan kelangsungan mereka dalam sektor pekerjaan selain daripada terus mengasah kemahiran intelektual mereka untuk terus maju dalam bidang kerjaya masing-masing. Di sini ingin saya berikan pandangan saya atas pertanyaan soalan saudara, sememangnya rakyat Malaysia kurang sedar akan kepentingan penguasaan kecerdasan emosi dalam diri membantu mereka dalam bidang pekerjaan. Masyarakat hanya menitikberatkan penguasaan kecerdasan intelektual dalam diri mereka, kerana mereka berpendapat kemahiran intelektual yang membantu mereka terus kekal berjaya dalam kerjaya. Persepsi mereka yang memandang mudah terhadap penguasaan kecerdasan emosi dapat kita lihat pada masa kini dengan penularan stress di tempat kerja. Kawalan emosi yang tidak berkesan adalah punca permasalahan ini berlaku. Individu yang menguasai kemahiran kecerdasan emosi akan bijak menangani masalah perasaan, dan ianya akan membantu mereka menjadi pekerja yang mempunyai emosi yang stabil dan jauh dari gejala stress. Dan sememangnya, pandangan saya berpendapat bahawa masyarakat di Malaysia masih belum menyedari akan kepentingan penguasaan kecerdasan emosi dalam sektor pekerjaan buat diri mereka. Sebarang penambahan maklumat serta pandangan saudara amatlah saya dan para pembaca alu-alukan di sini. Terima kasih.

      Padam
  2. Salam sejahtera Cikgu Azrin. Saya ingin mengemukakan satu soalan, dalam sektor pekerjaan, adakah pemilik-pemilik syarikata sedar akan kepentingan penguasaan kedua-dua kecerdasan tersebut ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sejahtera juga kepada anda saudara Ronaldo. Di sini saya akan memberi pandangan saya sendiri berserta jawapan kepada persoalan yang telah saudara kemukakan. Sememangnya dalam entri saya di atas telah saya tekankan kepentingan kecerdasan emosi dan sosial dalam bidang pekerjaan pada masa kini. Untuk persoalan saudara mengenai tahap kepekaan pemilik-pemilik syarikat terhadap hal ini, dapat kita perhatikan bahawa ianya sememangnya mendapat perhatian daripada mereka, terutama dalam bahagian pemilihan dan pengrekrutan pekerja untuk berkhidmat di dalam syarikat mereka. Pemilik-pemilik syarikat ini sendiri sedar bahawa mereka memerlukan pekerja yang berkualiti bukan sahaja dari segi inteleknya, namun dari segi pengawalan emosi dan tahap kemahiran sosial pekerjanya berinteraksi antara rakan sekerja, syarikat dan masyarakat lain di sekelilingnya. Juster itu, banyak inisiatif telah diambil oleh pihak syarikat dengan memberi penghargaan kepada para pekerja seperti memberi bonus tahunan, pakej percutian dan kenaikan pangkat. Inisiatif tersebut ini mampu membantu mengawal emosi dalaman pekerja di bawah seliaannya, dan membuat para pekerja rasa dihargai oleh pihak majikan. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa kepentingan kecerdasan emosi dan sosial dalam kalangan pekerja amat dititikberatkan oleh majikan dalam sektor pekerjaan selain melihat kepentingan kecerdasan intelek dalam diri para pekerjanya. Diharap pandangan pendapat dan jawapan saya ini memberi respon yang baik kepada saudara dan dapat dibahaskan lagi bersama rakan lain yang membaca serta dari pihak saudara sendiri. Terima kasih.

      Padam
  3. Assalamualaikum.. pandangan yang sangat menarik terhadap dunia sosial. saya mempunyai pendapat yang sama dengan apa yang diperkatakan oleh entrik berkaitan kenyataan yang diberikan. Di alam perkerjaan kita tahu bahawa komunikasi diantara satu sma lain adalah perkara yang amat dititik beratkan teruma sekali dalam melakukan perkerjaan secara berkumpulan tetapi bagaimana pula sesetengah individu yang mempunyai masalah seperti individu yang OKU..? sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam, saudari Ruhaimah. Sememangnya entri saya menekankan pembangunan kanak-kanak yang membangun menjadi individu yang normal. Pandangan yang prihatin daripada saudari yang ingin mengetahu mengenai nasib individu Orang Kelainan Upaya (OKU) boleh kita kupaskan bersama di medan forum ini. OKU didefinisikan Kehilangan upaya atau ketakdayaan merupakan suatu keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental. Penggunaan ini dikaitkan dengan model ketakupayaan perubatan, dan bukan model ketakupayan sosial atau hak asasi manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Mereka yang mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU), atau lebih kontroversi, orang cacat atau terencat. Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa dalam kehidupan seharian masyarakat. Insan istimewa ini telah dibela nasibnya oleh beberapa jabatan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat. Untuk kelangsungan hidup mereka, JKM telah menyediakan beberapa kursus yang membantu meningkatkan kemahiran dan memberi dorongan dalam mencungkil kelebihan mereka. Mungkin dari segi kemahiran sosial dan emosi mereka kurang terkawal, namun begitu kemahiran intelek mereka dapat diasah dan digilap bagi membantu mereka mendapat tempat dalam sektor pekerjaan. Kemahiran sosial mereka untuk berinteraksi mungkin juga kurang mendapat kesesuaian dalam setor pekerjaan, namun kemahiran dan kelebihan yang ada pada mereka akan membantu mereka diterima dalam meneruskan kehidupan mereka dalm sektor pekerjaan. Saudari boleh juga melontarkan lagi pandangan dan kongsikan dengan kmi di sini. Terima kasih, wallahualam.

      Padam
  4. Assalamualaikum saudara Azrin. Saya ingin mengemukan pendapat saya mengenai forum anda Penemuan ini tidak bermakna intelek tidak penting tetapi ia menunjukkan selain kecerdasan intelek, kecerdasan emosi lebih merupakan pelengkap kepada keberkesanan indvidu di tempat kerja. Kecerdasan emosi dan sosial merupakan satu konsep yang kian berkembang bukan setakat dalam bidang psikologi dan pendidikan tetapi juga dalam pengurusan organisasi. Penemuan terkini menunjukkan emosi dan sosial mempunyai kaitan dengan kejayaan dan pencapaian seseorang dalam kerjayanya. Konsep ini menjadi popular setelah Goleman (1995) mengutarakan konsep tersebut dalam sebuah buku yang begitu laris jualannya di New York iaitu Emotional Intelligence. Jadi apa yang saya faham bahawa kecerdasan emosi, sosial dan intelek amat penting dalam dunia pekerjaan. Itu sahaja pandangan saya. Terima kasih.

    BalasPadam
  5. kecerdasan emosi dan sosial lebih berperanan penting dan lebih baik dalam personaliti seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya (IQ), kecerdasan emosi dan sosial juga boleh membawa kejayaan, malahan lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan individu berbanding kecerdasan intelek. Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Goleman pada tahun 1998 yang menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan bergantung kepada kecerdasan emosi dan sosial .manakala selebihnya 20 peratus adalah bergantung kepada kecerdasan intelektual (IQ), kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan olehnya ke atas beribu-ribu orang ahli profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing serta penyelidikan yang dilakukan terhadap 500 buah organisasi di seluruh dunia. Sebenarnya kecedasan intelek hanya dimiliki oleh sesetengah manusia sahaja dan hanya dapat diwarisi secara genetik atau biologikal, berbanding kecerdasan emosi yang saling berkait rapat dengan kecerdasan sosial, ia dimiliki oleh setiap manusia tidak kira dari latar belakang mana sekalipun seseorang itu datang. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, dikembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu, sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek (IQ) tidak berupaya membentuk akhlak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan, keadaan ini membolehkannya mudah mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.

    BalasPadam