Khamis, 15 Oktober 2015

Forum 2


HUBUNGAN PERAPATAN : IMPAK  KEPADA BAPA & ANAK


Asslamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca entri saya sekalian. Diharap kalian semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu.

Baiklah, entri saya pada kali ini ingin saya kongsikan mengenai kesan buruk tiadanya hubungan perapatan antara kanak-kanak dengan seseorang yang bergelar bapa.


sumber Google
                                   

    Definisi bagi hubungan perapatan adalah satu hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Perapatan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat , selesa dan seronok kepada seseorang. Ianya telah terjalin sejak lahir lagi iaitu semasa bayi berada dalam kandungan seorang ibu. Menurut (Pipp & Haromon, 1987) , perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dengan penjaganya. Manakala menurut (Erikson,1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting membentuk ikatan atau bond atau perapatan antara bayi dan penjaganya. Beliau juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada bayi.

      Hubungan perapatan antara ibu bapa penjaga sangat penting untuk membentuk peribadi dan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak. Menjurus kepada hubngan perapatan antara bapa dan anak, ianya sangat perlu bagi memastikan anak tidak hanya mendapat perhatian dari si ibu malahan perhatian juga perlu didapati daripada si bapa.

      Anak yang tidak mempunyai hubungan perapatan yang baik dengan bapa akan menjejaskan nilai yang ingin dibentuk dalam diri mereka. Perapatan dengan bapa atau ibu mempengaruhi sosioemosi anak-anak melalui sejauhmana anak-anak menilai diri, menganggap diri berharga, dan berhubungan dengan orang lain.Hubungan perapatan dengan bapa selalunya menjadi masalah buat anak-anak kerana ramai di antara mereka beranggapan bahawa bapa merupakan individu yang digeruni dan dilabel sebagai seorang yang garang.

        Hubungan perapatan bapa dan anak yang tidak bagus akan mempengaruhi nilai kendiri kanak-kanak untuk membesar dengan baik. Hal ini kerana bapa memainkan peranan penting sebagai contoh tauladan kepada pembangunan nilai dalam diri anak-anak.
Sehubungan dengan itu, hubungan perapatan bapa dengan anak-anak amatlah penting dalam mensosialisaikan dan membangkitkan nilai-nilai dalam diri anak-anak. Diharap perkongsian saya kali ini, memberikan input yang baik buat kalian semua.


Wallahualam.

10 ulasan:

  1. Salam sejahtera Cikgu Azrin. Adakah pengaruh bapa membentuk peribadi anak-anak dan bagaimanakah yang dikatakan "Bapa Sebagai Role Model kepada Anak-anak" ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sejahtera juga kepada saudara Rassel. Di sini ingin saya memberi pandangan saya terhadapa pertanyaan soalan yang telah saudara ajukan. Peranan bapa dalam pembentukan kanak-kanak adalah sangat penting. Hal ini kerana ibu bapa adalah tenaga pengajar yang utama dalam pembentukan kanak-kanak dari peringkat awal usia. Bapa sebagai role model, adalah dimaksudkan dengan bapa sebagai contoh untuk panduan pembentukan kanak-kanak. Bapa merupakan ketua di dalam keluarga jadi sudah semestinya tauladan seorang bapa akan menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. Tauladan dari bapa akan menerapkan nilai tanggungjawab, nilai berani dalam diri anak-anak. Moga pandangan yang saya berikan akan memberi sedikit pencerahan dan juga dapat dibahaskan lagi oleh saudara Rassel dan rakan pembaca yang lain.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. salam sejahtera sekali lagi Cikgu! Saya ingin melontarkan satu soalan kepada anda. Bolehkah saudara menerangkan bagaimana interaksi hubungan perapatan antara bapa dengan anak perempuan dan bapa dengan anak lelaki? Saya ingin mendapatkan penjelasannya. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sejahtera kembali kepada anda, saudara Ronaldo. Hubungan perapatan adalah satu hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat dalam hidup seseorang.Perapatan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat , selesa dan seronok kepada seseorang. Ianya telah terjalin sejak lahir lagi iaitu semasa bayi berada dalam kandungan seorang ibu. Menurut (Pipp & Haromon, 1987) , perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dengan penjaganya. Manakala menurut (Erikson,1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting membentuk ikatan atau bond atau perapatan antara bayi dan penjaganya. Beliau juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada bayi. Pada pandangan saya, hubungan perapatan antara bapa dan anak lelaki adalah lebih terbuka dari segi interaksi dan pergaulannya. Hal ini berkemungkinan kerana kesamaan jantina antara sang ayah dan anak lelakinya yang membuatkan hubungan perapatan antara bapa dan anak lelaki lebih terbuka. Berbeza pula dengan hubungan perapatan antara bapa dan anak perempuan. Anak perempuan akan lebih gemar bercerita, dan berkongsi masalah dengan ibu. Namun begitu, hubungan perapatan antara bapa dan anak perempuan boleh dipupuk dengan lebih baik jika bapa bijak dalam mencungkil apa yang tersirat dalam diri anak perempuannya. Diharap pandangan yang saya berikan ini dapat memberikan input yang baik kepada persoalan saudara serta boleh ditambah lagi dengan hujah dan pandangan daripada para pembaca sekalian. Terima kasih.

      Padam
  3. Hai cikgu... betul apa yang cikgu kongsikan di atas. Tetapi menjadi bapa di zaman moden ini jauh lebih mencabar berbanding dengan zaman dahulu. Bukan sekadar bapa sahaja yang bekerja , malah majoriti kaum ibu juga perlu bekerja bagi menampung perbelanjaan seisi rumah. Masa anak-anak lebih banyak dengan kawan-kawan di sekolah, pusat jagaan asuhan kanak-kanak dan mungkin bersama datuk atau neneknya. Tidak hairanlah anak-anak lebih dengar cakap kawan-kawan atau orang yang selalu rapat dengannya. Cikgu mungkin boleh berikan tips atau kongsikan bagaimana untuk menjadi bapa yang misali di zaman moden ini. Gracias..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul apa yang diperkatakan oleh saudara, Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
      Antara masalah yang dihadapi jika kanak-kanak tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa ialah, Hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

      Padam
  4. Assalamualaikum cikgu Azrin. Saya ingin mengajukan satu soalan adakah bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sikap anak-anak dan bagaimana pula jika bapa itu sendiri sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk melayan karenah anak-anak? Mohon penjelasan.Terima kasih.

    BalasPadam
  5. Salam sejahtera Cikgu Azrin. Saya berpendapat, Sememangnya diakui bahawa hubungan yang baik dengan kedua ibu bapa memberi impak yang positif kepada kanak-kanak khususnya dari segi kendiri mereka. Tidak dinafi juga, hubungan baik ini akan membantu kanak-kanak dalam proses perkembangan mereka iaitu dari segi jasami, emosi, rohani dan intelek. Namun, Bagaimana pula dengan peribahasa 'haruan makan anak' yang mencerminkan ketidaktanggungjawab sebagai seorang ayah ataupun bapa ?

    BalasPadam
  6. Hubungan anak dan bapa merupakan hubungan yang sangat penting. Hal ini demikian kerana pendidikan kanak-kanak haruslah bermula daripada keluarga sendiri terutamanya ketua keluarga iaitu bapa. Bapa sangat memainkan peranan yang besar dalam mendidik, memberi kasih sayang, mencukupi kebajikan, dan melindungi anak-anak mereka.

    Antara masalah yg akan timbul sekiranya anak tidak rapat dengan dengan bapa termasuklah kurang pendidikan awal. Mereka tidak dapat membuat keputusan yang baik dalam menyelesaikan masalah mereka. Peranan bapa sebagai ketua keluarga untuk mendidik anak dalam menyelesaikan masalah dan mengurus diri sangat penting bagi membiasakan mereka untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, keregangan hubungan antara anak dan bapa akan menyebabkan anak tudak dapat mendapat pendedahan awal dalam pengurusan diri da menyelesaikan masalah.

    Selain itu, hubungan yang regang antara anak dan bapa juga menyebabkan anak kurang mendapatkan kasih sayang. Keadaan ini membuatkan mereka tertekan terutamanya apabila mereka membandingkan kasih sayang yang mereka dapat daripada bapa mereka sendiri dengan kasih sayang anak-anak lain dengan bapa mereka yg lebih baik. Hal ini membuatkan mereka sedih dan kecewa serta tertekan dengan keadaan yang mereka hadapi.

    Seterusnya, hubungan yang reganag antara bapa da anak juga membuatkan kebajikan anak tidak dijaga dengan baik. Memahami keprluan anak dari segi keperluan harian seperti buku untuk belajar, mahupun permainan untuk memenuhi masa lapang mereka, atau menjaga makan minum serta kesihatan mereka sangat penting. Tanpa hubungan antara bapa dan anak yang baik, kebajikan kanak-kanak tidak dapat dipenuhi dengan baik.

    Seterusnya ialah keselamatan kanak-kanak akan terjejas. Hubungan anak dan bapa yang tidak baik akan mengurangkan komunikasi antara bapa dan anak. Hal ini akan membuatkan bapa tidak peduli dengan keselematan anak mereka dan menyebabkan anak terdedah dengan masalah keselamatan termasuklah masalah kesiharan sehinggalah kes ciulik anak. Oleh itu, bapa harus memainkan peranan yang penting untuk menjaga keselamatan mereka.

    Kesimpulannya. Hubungan bapa dan anak yang rengang akan dapat menimbilkan masalah yang banyak terhadap keluarga.

    BalasPadam