KANAK-KANAK & SOSIOEMOSI
Assalamualaikum & selamat
sejahtera kepada para pembaca sekalian. Entri saya pada kali ini adalah
berkisar mengenai sosioemosi kanak-kanak yang dibina melalui beberapa faktor
persekitaran. Namun, di sini saya ingin menggariskan salah satu faktor yang
penting mempengaruhi nilai sosioemosi kanak-kanak iaitu yang datang dari
pengaruh rakan sebaya.
Perkembangan sosioemosi ialah
keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap
sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.
Perkembangan ini dapat dilihat sama
ada melalui tingkah laku positif seperti berkongsi, berdikari dan mengikut
peraturan atau tingkahlaku negative seperti bergaduh, mengasingkan diri dan
kurang berkeyakinan diri. Faktor persekitaran kehidupan kanak-kanak banyak
mempengaruhi nilai sosioemosi seseorang kanak-kanak.
Antara mereka yang beroleh pengaruh
kuat dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak adalah dari kalangan rakan
sebaya mereka. Rakan sebaya merupakan individu yang paling kuat member pengaruh
kepada kanak-kanak dengan diperkuatkan lagi melalui satu kajian yang dijalankan
oleh Student
Social Support Scale yang menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan
mereka adalah penting kepada mereka (Malecki
& Elliott,1999). Apa sahaja penyebab seseorang pelajar itu Berjaya
adalah pengaruh rakan sebaya kepada mereka. Namun apabila umur kanak-kanak
semakin meningkat dewasa , mereka tidak lagi memikirkan hal tersebut. Mereka
akan menerima sahaja sesiapa yang ingin berkawan dengan mereka yang mereka
selesa dan seronok. Jadi, cara menerima seseorang itu masuk dalam hidup kita
bergantung kepada bagaimana perasaan kita terhadap orang itu.
Menurut (Nursuhaili,2010) ,kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya
sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku ,
personaliti, kemahiran, serta kebolehan. Peranan rakan sebaya bagi kanak-kanak
adalah sebahagian dari lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga.
Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan
dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. (Rohani
Abdullah,2001) menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat
positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial , bahasa dan pendidikan
seseorang individu.
Kajian (Quek Miow Leng,2006) , tentang kumpulan sebaya banyak membawa
kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar
belakang atau komposisi sekolah. Manakala (Nursuhaili,2010)
, turut menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting
dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial. Menurut beliau juga,
selain daripada mengembangkan kebolehan
dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku
seseorang individu. Tingkah laku yang biasnya dipengaruhi biasanya merangkumi
cara bercakap, cara berpakaian dalam kehidupan seharian, dan juga cara
kanak-kanak itu menuntut ilmu.
Justeru itu, jelaslah bahawa rakan
sebaya turut memainkan peranan dalam pembinaan dan perkembangan nilai
sosioemosi seseorang kank-kanak untuk beradaptasi dalam norma msayarakat.
Faktor rakan sebaya memberi lebih banyak kesan positif kepada perkembangan
kanak-kanak dalam persekitaran kehidupan seharian.
Sekian dahulu coretan entri saya pada
kali ini.
Salam sejahtera Cikgu Azrin. Saya ingin mendapatkan satu penjelasan dari Cikgu. Post di atas berkisar mengenai kanak-kanak normal. Bagaimana pula keadaannya terhadap kanak-kanak khas ? Adakah mereka turut mengalami situasi yang sama?
BalasPadamYa. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas juga turut mengalami pengaruh sosioemosi dari rakan sebaya. Kanak-kanak khas yang masih dalam kawalan guru, seperti kanak-kanak lembam dan syndrom down masih mampu bergaul bersama rakan-rakan dan terpengaruh dengan rakan-rakan di persekitarannya. Walaupun tumbesaran dan perkembangan mereka tidak sama seperti kanak-kanak normal, namun begitu mereka masih mampu bergaul bersam rakan-rakan dalam lingkungan mereka sendiri untuk terus bersosialisasi. Terima kasih atas persoalan dari saudara.
PadamSalam sejahtera Cikgu. Saya ingin memberi satu soalan kepada anda. Bagaimanakah perkembangan bahasa kanak-kanak itu boleh terbentuk dari pengaruh sosioemosinya? Terima kasih.
BalasPadamPerkembangan Kognitif dan Bahasa
PadamApabila kanak-kanak bermain bersama rakan mereka juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan kognitif seperti mengenal pasti, mengkategori, membuat urutan, memerhati, membezakan, meramal, membuat rumusan, dan membuat perbandingan.
Akiviti seperti membina blok, permainan bahasa, permainan dam, puzzle, teka-teki, nyanyian dan congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa, matematik dan sains serta berfikir secara logik dan kreatif. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa dalam persekitaran yang relaks, semulajadi dan seronok.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamualaikum Cikgu Azrin.Baiklah, saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan rakan sebaya merupakan pengaruh yang amat besar terhadap perkembanagan kanak-kanak. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya mampu mempengaruhi perkembangan intelek,sahsiah,emosi dan sosial dalam diri seseorang kanak-kanak. Sebagai contoh,perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh sikap dan tindakan yang dilakukan oleh rakan sebaya dalam setiap pergaulan. Apabila mereka berkawan dengan orang yang baik maka secara tidak langsung akan mendorong mereka ke arah pembentukan sahsiah yang lebih baik. Ini sahaja serba sedikit ulasan dari saya mengenai peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
BalasPadamSekian,terima kasih.
Waalaikumsalam. Satu pandangan yang baik untuk dikupas bersama. Dan sememangnya rakan memeberi pengaruh kedua terbesar kepada kanak-kanak. Terima kasih atas pendapat yang bernas dari Cikgu Azlin.
PadamTerlebih dahulu saya ingin memberikan beberapa faktor yang menyebabkan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah dinegara ini berkemungkinan mengalami keadaan kesihatan mental yang kurang baik iaitu antaranya persekitaran sekolah, rakan sebaya dan sistem pendidikan.
BalasPadammenurut hasil kajian para ahli psikologi kanak-kanak, sikap semula jadi kanak-kanak ialah mereka menyukai suasana yang riang dan ceria. selain itu, mereka juga sangat menyukai kawasan yang besar dan luas untuk bermain, bayangkan jika anda seorang kanak-kanak yang berjiwa bebas tetapi terkurung dalam ruang yang sempit. menurut saya keadaan seperti inilah yang menyebabkan kesihatan mental mereka terjejas. emosi mereka tidak terekpresi dengan baik. selain itu, keadaan yang kurang selesa semasa belajar maka kanak-kanak akan terganggu dan menyebabkan mereka mungkin terlupa dengan apa pesan yang disampaikan oleh guru yang mungkin menyebabkan mereka dimarahi dengan guru atau juga mereka takut dimarahi selepas teringat akan kerja rumah yang diberikan oleh guru. namun pada pendapat saya, kanak-kanak tidak cenderung ke arah sehingga mereka strees kerana mereka adalah individu yang sentiasa inginkan kegembiraan dan mudah diurus berbanding dengan orang dewasa jika melibatkan perasaan atau emosi. sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak itu menangis kerana ingin bermain maka, cara penyelesaiannya adalah memberikan peluang kanak-kanak itu bermain. selain itu, rakan sebaya juga merupakan salah satu punca keadaan kesihatan mental kanak-kanak dipengaruhi. sebagai contoh, rakan-rakan yang suka mengejek akan menyebabkan tahap mentalnya kurang baik dengan mempunyai keyakinan yang rendah. disemping itu juga sistem pendidikan negara yang sering berubah-ubah menyebabkan kanak-kanak perlu bersedia memasuki peringkat-peringkat yang baru. salah satu contoh yang akan memberikan tekanan bagi kanak-kanak penilaian-penilaian berbentuk akademik seperti UPSR yang kini telah dimansuhkan kerana mereka perlu menghabiskan masa dengan belajar berbanding keluarga. oleh itu, pada hemat saya, keadaan kesihatan mental itu bergantung dengan bagaimana sikap orang dalam persekitaran kanak-kanak itu.
Saya rasa pandangan ini masih boleh dikaitkan dengan isu entri saya. Dari segi sosioemosi kanak-kanak ya, saudara Philip. Mari kita kupaskan dengan lebih lanjut tentang isu saya di atas, iaitu rakan sebaya mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Terima kasih atas perkongsian maklumat saudara.
Padam