PANDANGAN : KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK
PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA. ADAKAH MEREKA MENGHADAPI STRESS YANG
TINGGI?
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Baiklah, entri
saya pada kali ini akan membincangkan pandangan saya dan anda sendiri mengenai
keadaan mental kanak-kanak seawall prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia.
Adakah mereka ini menghadapi keadaan stress yang tinggi? Menurut pandangan
saya, benar. Kanak-kanak di Malaysia kini turut mengalami keadaan stress
masing-masing. Mari kita sama sama
bincangkan pandangan mengenai isu ini.
Apa itu KESIHATAN MENTAL?
Kesihatan mental
merujuk kepada kebolehan seseorang menyelesaikan masalah, memenuhi keperluan
seseorang untuk menyayang dan bekerja, menyesuaikan diri dengan krisis dan
mengekalkan tahap kesihatan diri atau sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
STRESS
Dr Hans. Style
mendefinisikan teori stress atau tekanan perasaan sebagai “sesuatu reaksi yang tidak spesifik
oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. ”
Stress juga
ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan
oleh kanak-kanak. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan stress sebagai
akibat konflik yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau
perlakuan tertentu.
Gangguan stress
akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang kanak-kanak.
Menurut Terri Mauro (2004), Antara punca berlakunya stress dalam kalangan
kanak-kanak adalah disebabkan persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga,
pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain.
Melalui
persekitaran sekolah, kanak-kanak mendapat gangguan stress berpunca dari
keadaan persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Sebagai contoh, gangguan itu
mungkin berlaku akibat masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan
kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Hal ini selaras dengan
pendapat dari Ketua Jabatan Pendidikan
Kaunseling dan Psikologi Kaunseling , Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM ,
Prof.Madya Dr. Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan kea rah
perlakuan negative wujud kerana dipengaruhi unsure rangsangan di sekeliling
mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana
persekitaran yang tidak kondusif dan menggangu emosi mereka.
Selain itu,
peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca kanak-kanak mengalami
stress. Peristiwa dalam keluarga
selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan
murid. Peristiwa dalam hidup berkemungkinan bersifat positif atau negatif serta
melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contohnya, peristiwa negatif
seperti penderaan, penceraian ibu bapa,
kemalangan dan kematian. Bagi yang positif pula seperti seorang ibu telah mengandung, kenaikan
pangkat dalam kerjaya dan berpindah rumah.
Peristiwa-peristiwa ini memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang
kanak-kanak.
Seterusnya, keluarga yang sering bertengkar,
bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak akan membawa
keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Dari segi tingkah laku, kanak-kanak berkenaan
mungkin akan bertindak berlainan di antara satu sama lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang tidak
menunjukkan sebarang reaksi atau emosi.
Tidak ada insan yang dapat mengelakkan diri
dari masalah stress termasuklah kanak-kanak. Jadi, sebagai orang yang lebih
dewasa, kita seharusnya bijak membantu mengawal tahap stress yang mereka hadapi
dan berusaha untuk membendung stress hadir dalam diri mereka.
Sekian dahulu pandangan saya. Hantarkan
pandangan anda di ruangan komen di bawah .
Wallahualam.
