KANAK-KANAK & SOSIOEMOSI
Assalamualaikum & selamat
sejahtera kepada para pembaca sekalian. Entri saya pada kali ini adalah
berkisar mengenai sosioemosi kanak-kanak yang dibina melalui beberapa faktor
persekitaran. Namun, di sini saya ingin menggariskan salah satu faktor yang
penting mempengaruhi nilai sosioemosi kanak-kanak iaitu yang datang dari
pengaruh rakan sebaya.
Perkembangan sosioemosi ialah
keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap
sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.
Perkembangan ini dapat dilihat sama
ada melalui tingkah laku positif seperti berkongsi, berdikari dan mengikut
peraturan atau tingkahlaku negative seperti bergaduh, mengasingkan diri dan
kurang berkeyakinan diri. Faktor persekitaran kehidupan kanak-kanak banyak
mempengaruhi nilai sosioemosi seseorang kanak-kanak.
Antara mereka yang beroleh pengaruh
kuat dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak adalah dari kalangan rakan
sebaya mereka. Rakan sebaya merupakan individu yang paling kuat member pengaruh
kepada kanak-kanak dengan diperkuatkan lagi melalui satu kajian yang dijalankan
oleh Student
Social Support Scale yang menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan
mereka adalah penting kepada mereka (Malecki
& Elliott,1999). Apa sahaja penyebab seseorang pelajar itu Berjaya
adalah pengaruh rakan sebaya kepada mereka. Namun apabila umur kanak-kanak
semakin meningkat dewasa , mereka tidak lagi memikirkan hal tersebut. Mereka
akan menerima sahaja sesiapa yang ingin berkawan dengan mereka yang mereka
selesa dan seronok. Jadi, cara menerima seseorang itu masuk dalam hidup kita
bergantung kepada bagaimana perasaan kita terhadap orang itu.
Menurut (Nursuhaili,2010) ,kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya
sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku ,
personaliti, kemahiran, serta kebolehan. Peranan rakan sebaya bagi kanak-kanak
adalah sebahagian dari lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga.
Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan
dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. (Rohani
Abdullah,2001) menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat
positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial , bahasa dan pendidikan
seseorang individu.
Kajian (Quek Miow Leng,2006) , tentang kumpulan sebaya banyak membawa
kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar
belakang atau komposisi sekolah. Manakala (Nursuhaili,2010)
, turut menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting
dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial. Menurut beliau juga,
selain daripada mengembangkan kebolehan
dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku
seseorang individu. Tingkah laku yang biasnya dipengaruhi biasanya merangkumi
cara bercakap, cara berpakaian dalam kehidupan seharian, dan juga cara
kanak-kanak itu menuntut ilmu.
Justeru itu, jelaslah bahawa rakan
sebaya turut memainkan peranan dalam pembinaan dan perkembangan nilai
sosioemosi seseorang kank-kanak untuk beradaptasi dalam norma msayarakat.
Faktor rakan sebaya memberi lebih banyak kesan positif kepada perkembangan
kanak-kanak dalam persekitaran kehidupan seharian.
Sekian dahulu coretan entri saya pada
kali ini.